Monday, December 11, 2017 06:05:16 AM

13,000 km rentasi 6 negara cabaran Ekspedisi Merdeka Shadowfax MC

Photo Gallery2 Photos By Bernama - Mon Sep 18, 10:25 pm

shadowfaxfmt-ohsem-inside-article1Sekumpulan penunggang motosikal Malaysia tiba di selatan India selepas mengembara sejauh 13,000 km, merentas 6 buah negara semata-mata untuk menzahirkan semangat patriotik mereka sempena sambutan Hari Malaysia.

Kumpulan ini memulakan pengembaraan mereka dari Kuala Lumpur pada 8 Ogos dalam satu majlis yang disempurnakan oleh Menteri Pelancongan dan Kebudayaan, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz.

Mereka menamatkan perjalanan pada 16 September dengan sama-sama meraikan sambutan Hari Malaysia di pejabat konsulat Malaysia di Chennai, Tamil Nadu.

Konvoi Shadowfax Malaysia Motorcycle Club (Shadowfax MC) diketuai Datuk R. Muruga Nantham yang juga dikenali sebagai Datuk Anand tiba di India selepas mengembara melalui Thailand, Myanmar, Bhutan dan Nepal.

Sepanjang perjalanan, mereka berpeluang beramah-mesra dengan masyarakat tempatan daripada pelbagai latar belakang di samping menikmati keindahan alam sekeliling….

Photo Gallery

Leave a Reply

Comments are closed on this post.