Friday, November 24, 2017 01:16:08 PM

Saya hadir leraikan pergaduhan, kata timbalan menteri

Photo Gallery1 Photo By Bernama - Tue Sep 05, 7:56 pm

m-saravanan-2

KUALA LUMPUR: Timbalan Menteri Belia dan Sukan Datuk M. Saravanan menafikan beliau terlibat dalam insiden pergaduhan membabitkan dua kumpulan di pejabat akhbar Tamil Malar Daily di Jalan Ipoh di sini, hari ini.

Anggota Jawatankuasa Kerja Pusat MIC itu berkata, kehadirannya di tempat itu adalah untuk meleraikan pergaduhan di antara kedua-dua kumpulan itu.

“(Saya) tidak ada kena mengena (dengan insiden itu). Ada orang di situ memberitahu saya akan insiden itu dan kebetulan saya berada di pejabat MIC Wilayah, yang berdekatan dengan pejabat akhbar itu. Jadi saya pergi ke sana untuk melihat keadaan. Saya juga tidak membawa sesiapa bersama ketika ke tempat kejadian itu….

Photo Gallery

Leave a Reply

Comments are closed on this post.