Tuesday, January 16, 2018 02:26:42 PM

Sejarah landasan maut Siam-Burma abai 200,000 pekerja negara Asia

Photo Gallery2 Photos By Bernama - Fri May 05, 3:07 am

Death-Railway_malaysia_6001

fmt-ohsem-inside-article1Memang ada banyak catatan dalam buku sejarah serta bahan penulisan lain mengenai Landasan Keretapi Maut Siam-Burma yang tercatat sebagai antara sejarah hitam Perang Dunia II.

Kebanyakan dokumen itu mengisahkan nasib yang menimpa kira-kira 60,000 orang tawanan perang Tentera Sekutu (POW) yang dipaksa untuk membina landasan kereta api bermula pada tahun 1943.

Bagaimanapun, bagi Chandrasekaran Ponusamy, Pengerusi Death Railway Interest Group (DRIG), kumpulan yang mengambil berat nasib buruh paksa Landasan Maut itu, sejarah yang ada mengenai landasan itu ‘’berat sebelah’’.

Ia lebih berdasarkan pandangan ahli sejarah Eropah dan POW Tentera Sekutu yang terlibat dalam tragedi itu.

Kebanyakan catatan sejarah tidak mengambil kira hampir kesemua 200,000 orang Asia terdiri daripada rakyat Thai, Burma, Jawa, Cina, Melayu dan Tamil dari Malaya yang dikerah tenaga bekerja membina landasan maut itu….

Photo Gallery

Leave a Reply

Comments are closed on this post.