Thursday, September 21, 2017 01:45:15 PM

Imam Singapura mohon maaf selepas doa kutuk Kristian, Yahudi

Photo Gallery1 Photo By FMT Reporters - Fri Mar 31, 6:38 am

islam_imam_singapore_600

PETALING JAYA: Seorang imam di Singapura yang membacakan doa mengandungi kata-kata kurang sensitif terhadap Yahudi dan penganut Kristian, baru-baru ini memohon maaf di depan beberapa pemimpin agama hari ini, lapor Berita Harian Singapura.

Imam Masjid Jamae Chulia, Nalla Mohamed Abdul Jameel Abdul Malik, 47, itu pada bulan lalu dilaporkan membaca satu doa dalam bahasa Arab yang berkata antara lain, “Tuhan bantu kami menentang Yahudi dan Kristian”.

Nalla yang berasal dari Tamil Nadu dalam temu bual bersama akhbar itu hari ini berkata beliau menyesali perbuatannya dan akui doa tambahan itu sebenarnya tidak diambil daripada ayat Al-Quran, tetapi teks lama yang berasal dari kampungnya di India.

googletag.cmd.push(function() {
googletag….

Photo Gallery

Leave a Reply

Comments are closed on this post.