Tuesday, November 21, 2017 09:03:00 AM

Malaysia tidak akan pajak aset kepada China, kata Johari

Photo Gallery1 Photo By Aedi Asri - Fri Jan 13, 1:12 am

Datuk-Johari-Abdul-GhaniKUALA LUMPUR: Malaysia tidak akan menerima nasib sama dengan Sri Lanka yang terpaksa memajak aset penting mereka kepada China, kata timbalan menteri kewangan II.

Datuk Johari Abdul Ghani mengulas tindakan Sri Lanka memajak pelabuhan laut dalam Hambantota dan tanah seluas 15,000 ekar di sekitarnya selama 99 tahun kepada sebuah syarikat yang 80% pegangannya dimiliki kerajaan China.

Ia susulan kegagalan Sri Lanka membayar hutang RM4.9 bilion (AS$1.1 bilion) bagi projek Lapangan Terbang Antarabangsa Mattala Rajapaksa di negara itu.

Johari berkata, Malaysia tidak boleh disamakan dengan Sri Lanka kerana kerajaan sentiasa berwaspada terhadap pelaksanaan sebarang projek pembangunan bagi memastikan kejayaannya.

Photo Gallery

Leave a Reply

Comments are closed on this post.