Wednesday, February 21, 2018 06:18:06 PM

Sami Buddha diserang dalam protes anti Rajapaksa

Photo Gallery1 Photo By Tarrence Tan - Sat Sep 03, 7:31 am

monk_srilanka_600baru

KUALA LUMPUR: Ketua sami sebuah kuil Buddha Sri Lanka di Sentul diserang sekumpulan kecil individu yang terdiri daripada kalangan penunjuk perasaan yang mengadakan bantahan terhadap bekas presiden Sri Lanka Mahinda Rajapaksa, yang sedang dalam lawatan ke Malaysia.

Kumpulan kira-kira 50 orang itu terdahulu berkumpul di depan Pusat Dagangan Dunia Putra untuk membantah kehadiran Rajapaksa di satu persidangan antarabangsa parti politik Asia.

Peserta bantahan itu kemudian berarak ke kuil di Sentul selepas mengetahui Rajapaksa dikatakan akan melawat kuil berkenaan.

Kumpulan itu terdiri daripada ahli Persatuan India Progresif Malaysia, Malaysian Tamilan dan Persatuan Perubahan Pendidikan India Malaysia (MIETA). Mereka bermula dengan membakar patung Rajapaksa di depan kuil itu.

Photo Gallery

Leave a Reply

Comments are closed on this post.