Monday, June 26, 2017 11:35:59 AM

Rosyam Nor bintangi filem Tamil bersama Rajinikanth

Photo Gallery2 Photos By FMT Reporters - Wed May 11, 3:06 am

rosyamno_kabali

KUALA LUMPUR: Penerbit dan pelakon Datuk Rosyam Nor akan muncul bersama pelakon legenda India, Rajinikanth dalam filem bertajuk Kabali yang bakal menemui penonton di pawagam pada Julai depan.

Teaser filem yang menjalani penggambarannya di Malaysia itu sehingga kini sudah ditonton sebanyak 16 juta kali di YouTube sejak ia dilancarkan 30 April lalu.

Rosyam atau nama sebenarnya Mohamed Noor Shamsuddin, 49, berkata walau hanya muncul sebagai watak sampingan, banyak ilmu dapat ditimba daripada Rajinikanth dan krew produksi filem tersebut.

“Saya pada awalnya terkejut dia datang berbual dengan saya dan bertanya pelbagai soalan mengenai karier saya di Malaysia.

rosyamno_kabali1“Dia juga bertanya kenapa saya bersetuju berlakon dalam filem berkenaan menerusi watak sampingan walaupun saya ada pengalaman besar dalam bidang lakonan….

Photo Gallery

Leave a Reply

Comments are closed on this post.