Friday, July 10, 2020 12:57:23 PM

LTTE: Mahkamah Sesyen Kuala Kangsar tetap 12 Dis sebutan semula kes

Photo Gallery1 Photo By Bernama - Wed Nov 27, 11:12 pm

  • Read full article | 
  • Comments Off on LTTE: Mahkamah Sesyen Kuala Kangsar tetap 12 Dis sebutan semula kes
  • 20 views

Pada 29 Okt, kedua-dua tertuduh, S Arivainthan dan V Balamurugan didakwa atas tuduhan memberi sokongan kepada kumpulan pengganas LTTE sejak 2014. (Gambar Bernama)

KUALA KANGSAR: Mahkamah Sesyen di sini menetapkan 12 Dis hadapan sebagai tarikh sebutan semula kes juruteknik S Arivainthan dan pemandu teksi V Balamurugan yang dituduh memberi sokongan kepada kumpulan pengganas LTTE sejak lima tahun lepas.

Hakim Rohaida Ishak menetapkan tarikh itu bagi menunggu laporan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) dan pakar keganasan setelah mengambil kira permohonan peguam Matthews Jude, yang mewakili kedua-dua tertuduh, untuk mempercepatkan proses pendakwaan.

Pada 29 Okt, kedua-dua tertuduh iaitu Arivainthan, 27, dan Balamurugan, 37, didakwa di Mahkamah Sesyen Kuala Kangsar atas tuduhan memberi sokongan kepada kumpulan pengganas LTTE sejak 2014.

Pada sebutan semula hari ini, Timbalan Pendakwaraya Hasyutanti Khalil memohon mahkamah memberikan masa untuk siasatan dilengkapkan dalam tempoh sebulan setengah memandangkan laporan SKMM dan pakar forensik masih belum diperoleh.

Bagaimanapun, perkara itu dibantah Matthews dan memohon kes itu disebut semula pada minggu hadapan….

Photo Gallery

  • Read full article | 
  • Comments Off on LTTE: Mahkamah Sesyen Kuala Kangsar tetap 12 Dis sebutan semula kes
  • 20 views

Leave a Reply

Comments are closed on this post.

Skip to toolbar