Wednesday, December 11, 2019 10:28:37 PM

Zakir Naik ancam saman ahli Parlimen kerana kaitkan dengan tangkapan LTTE

Photo Gallery1 Photo By FMT Reporters - Wed Nov 27, 10:14 am

Peguam Zakir Naik mendakwa kenyataan yang didakwa itu menggambarkan Naik sebagai ‘dalang’ tangkapan berkaitan LTTE.

PETALING JAYA: Penceramah kontroversi Dr Zakir Naik mengancam akan mengambil tindakan undang-undang terhadap Charles Santiago kerana memfitnah, mendakwa ahli Parlimen itu mengaitkannya dengan penangkapan 2 ahli DAP atas dakwaan terlibat dengan militan Harimau Pembebasan Tamil Eelam (LTTE).

Kenyataan yang dipersoalkan itu dikatakan dibuat semalam, dengan Santiago dilapor mempersoalkan masa tangkapan yang berlaku pada malam pembentangan Belanjawan 2020 di Dewan Rakyat.

Peguam Naik dalam notis tuntutan mereka mendakwa kenyataan Santiago menggambarkan penceramah itu ada “urusan-urusan yang melalui pintu belakang” dengan pihak berkuasa, memanipulasikan mereka untuk mengalih perhatian daripadanya selepas beliau mencetuskan kontroversi beberapa bulan lepas.

Peguam Naik juga berkata kenyataan yang didakwa itu menggambarkan Naik sebagai “dalang” penangkapan dan beliau digunakan pihak tertentu untuk manfaat politik.

“Kami diarah untuk menyatakan kenyataan fitnah tersebut jelas digerakkan oleh niat jahat, kebencian dan/atau untuk menyakitkan hati….

Photo Gallery

Leave a Reply


To prove you're a person (not a spam script), type the security word shown in the picture.
You may enter either the first Tamil word or the second English word. But Do not enter both.
Anti-Spam Image

Skip to toolbar