Sunday, October 20, 2019 01:39:14 AM

Polis tahan dua lagi ahli DAP terbabit LTTE di Melaka

Photo Gallery1 Photo By FMT Reporters - Sat Oct 12, 9:22 am

Menteri Sumber Manusia yang juga naib pengerusi DAP M Kula Segaran menziarahi keluarga pemimpin DAP negeri Melaka yang ditahan di bawah Sosma hari ini

PETALING JAYA: Polis menahan dua lagi ahli DAP di Melaka dipercayai mempunyai kaitan dengan kumpulan pengganas Harimau Pembebasan Tamil Eelam (LTTE), kata Ketua Polis Melaka Mat Kasim Karim.

Mat Kasim berkata, kedua-dua individu berkenaan ditahan ketika serbuan mengikut Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) (SOSMA), hari ini.

“Memang betul mereka ditahan di bawah SOSMA oleh pihak polis Bukit Aman hari ini dan ia berkait dengan penahanan seorang Exco Melaka sebelum ini.

“Maklumat lanjut bagaimanapun saya tak boleh maklumkan lagi dan kita serahkan kepada pihak polis untuk jalankan siasatan,” katanya seperti dilaporkan BH Online, hari ini.

Sementara itu, pengerusi DAP Melaka, Tey Kok Kiew, mengesahkan kedua-dua individu itu ialah ahli majlis pihak berkuasa tempatan (PBT) negeri itu dan ketua pegawai eksekutif (CEO) perbadanan anak syarikat kerajaan negeri.

Photo Gallery

Leave a Reply


To prove you're a person (not a spam script), type the security word shown in the picture.
You may enter either the first Tamil word or the second English word. But Do not enter both.
Anti-Spam Image

Skip to toolbar