Wednesday, February 19, 2020 11:04:27 AM

India-China sepakat tingkat kerjasama kaji tamadun

Photo Gallery1 Photo By Bernama - Sat Oct 12, 7:05 am

Modi mengiringi Xi melawat monumen Mahabalipuram yang dibina pada abad ketujuh dan kelapan, termasuk Arjuna Penance, Panch Rathas dan Kuil Shore. (Gambar Reuters)

CHENNAI: Presiden China Xi Jinping dan Perdana Menteri India, Narendra Modi pada Jumaat bersepakat untuk menggalakkan lagi pertukaran dan saling mempelajari mengenai tamadun bagi mencapai pembangunan dan kemakmuran bersama.

Xi dan Modi mengadakan pertemuan tidak rasmi kedua mereka di Chennai Selatan India selepas mesyuarat pertama di bandar Wuhan pada April tahun lalu, lapor agensi berita Xinhua pada Sabtu.

Modi turut mengiringi Xi melawat monumen Mahabalipuram yang dibina pada abad ketujuh dan kelapan, termasuk Arjuna Penance, Panch Rathas, Kuil Shore dan monumen lain.

Tamil Nadu, hab transit maritim untuk kargo di Laluan Sutera purba, mempunyai sejarah panjang dan hubungan rapat dengan China dalam perdagangan sejak dahulu lagi, kata Xi.

Kedua-dua tamadun purba berusia ribuan tahun itu menjadi asas dalam hubungan kerjasama kedua-dua negara hingga ke hari ini, katanya….

Photo Gallery

Leave a Reply

Comments are closed on this post.

Skip to toolbar