Monday, February 17, 2020 11:41:15 AM

Kementerian Pendidikan kekal penerima peruntukan terbesar, RM64.1 bilion

Photo Gallery1 Photo By Bernama - Fri Oct 11, 8:26 am

  • Read full article | 
  • Comments Off on Kementerian Pendidikan kekal penerima peruntukan terbesar, RM64.1 bilion
  • 17 views

KUALA LUMPUR: Komitmen kerajaan untuk melabur demi masa depan anak-anak dalam bidang pendidikan dan menyediakan pendidikan yang berkualiti jelas terlihat, apabila Kementerian Pendidikan terus menjadi penerima peruntukan terbesar melalui Belanjawan 2020.

Ketika membentangkan belanjawan itu di Dewan Rakyat hari ini, Menteri Kewangan Lim Guan Eng berkata sebanyak RM64.1 bilion diperuntukkan kepada kementerian itu pada tahun hadapan berbanding RM60.2 bilion bagi 2019.

Jelasnya kerajaan akan menambah peruntukan penyelenggaraan dan menaik taraf sekolah daripada RM652 juta seperti yang diumumkan dalam Belanjawan 2019 kepada RM735 juta pada 2020 bagi memastikan sekolah sedia ada menyediakan persekitaran pembelajaran yang lebih kondusif.

Ia meliputi peruntukan penyelenggaraan sebanyak RM300 juta untuk Sekolah Kebangsaan (SK), Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (RM50 juta), Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (RM50 juta), Sekolah Berasrama Penuh (RM50 juta) dan Maktab Rendah Sains MARA (RM50 juta)….

Photo Gallery

  • Read full article | 
  • Comments Off on Kementerian Pendidikan kekal penerima peruntukan terbesar, RM64.1 bilion
  • 17 views

Leave a Reply

Comments are closed on this post.

Skip to toolbar