Saturday, November 16, 2019 07:03:48 PM

Jika sokong IS didakwa, sokong LTTE pun patut kena, kata Asri

Photo Gallery1 Photo By FMT Reporters - Thu Oct 10, 11:24 am

  • Read full article | 
  • Comments Off on Jika sokong IS didakwa, sokong LTTE pun patut kena, kata Asri
  • 5 views

Mufti Perlis Mohd Asri Zainul Abidin.

PETALING JAYA: Sesiapa sahaja yang secara terbuka menyokong kumpulan pengganas harus ditahan dan didakwa, termasuk pemimpin DAP, kata Mufti Perlis Mohd Asri Zainul Abidin.

Beliau berkata sesiapa yang membuat ucapan menyokong Al-Qaeda atau IS akan ditangkap dan didakwa, maka pemimpin DAP yang dengan terbuka menyokong Harimau Pembebasan Tamil Eelam (LTTE) hendaklah dikenakan tindakan sama.

“Betapa bahayanya negara jika ada pemimpin politik yang berjawatan terlibat dengan sokongan kepada kumpulan pengganas dan usaha pertumpahan darah,” katanya di Facebook hari ini.

Kenyataan Asri ini menyusuli penangkapan dua wakil rakyat DAP iaitu Adun Gadek G Saminathan dan Adun Seremban Jaya P Gunasekaran hari ini atas dakwaan penglibatan LTTE.

Ketua Penolong Pengarah Bahagian Counter Terrorism (E8) Cawangan Khas Bukit Aman, Ayob Khan Mydin Pitchay berkata seramai tujuh orang ditangkap, dan berkata polis memantau pergerakan mereka sejak November tahun lalu….

Photo Gallery

  • Read full article | 
  • Comments Off on Jika sokong IS didakwa, sokong LTTE pun patut kena, kata Asri
  • 5 views

Leave a Reply

Comments are closed on this post.

Skip to toolbar