Saturday, May 30, 2020 04:56:45 PM

Pemuda Umno beri 10 alasan Dr M perlu pecat pemimpin PKR, DAP

Photo Gallery1 Photo By FMT Reporters - Sun Oct 06, 10:18 am

  • Read full article | 
  • Comments Off on Pemuda Umno beri 10 alasan Dr M perlu pecat pemimpin PKR, DAP
  • 24 views

PETALING JAYA: Satu siri kenyataan berbentuk penghinaan terhadap agama dan bahasa Melayu antara 10 alasan disenaraikan Pemuda Umno untuk Dr Mahathir Mohamad menyingkirkan pemimpin DAP serta PKR daripada kerajaannya bagi mengembalikan maruah orang Melayu.

Ketua Pemuda Umno, Asyraf Wajdi Dusuki mendakwa ahli politik utama DAP dan PKR menghina bahasa kebangsaan dengan mengeluarkan notis dan kenyataan rasmi kerajaan dalam bahasa Cina serta Tamil.

Kritikan Asyraf dilihat lebih menyasarkan DAP. Beliau mengungkit kenyataan Menteri Sumber Manusia, M Kula Segaran pada Julai 2018 yang mendakwa orang Melayu adalah pendatang.

Kula Segaran kemudiannya memohon maaf atas kenyataan itu dan menarik balik “rujukan ofensif dalam ucapan spontan” yang dibuat dalam sebuah majlis di Nilai, Negeri Sembilan.

Bagaimanapun, Kula Segaran mempertahankan kenyataan itu disalah tafsir untuk mencadangkan beliau menggunakan istilah “dengan rujukan kepada orang yang akan menghantar semula permohonan mereka”….

Photo Gallery

  • Read full article | 
  • Comments Off on Pemuda Umno beri 10 alasan Dr M perlu pecat pemimpin PKR, DAP
  • 24 views

Leave a Reply

Comments are closed on this post.

Skip to toolbar