Sunday, September 15, 2019 06:25:17 PM

Jerebu: 29 sekolah di Selangor ditutup esok

Photo Gallery1 Photo By Bernama - Thu Sep 12, 9:15 am

Pengawal SK Kampung Johan Setia, Klang memasang notis menandakan penutupan sekolah itu berikutan jerebu yang melanda kawasan terbabit. (Gambar Bernama)

SHAH ALAM: Sebanyak 29 buah sekolah di Klang dan Kuala Langat akan ditutup esok akibat jerebu, meningkat daripada hanya 5 buah sekolah hari ini.

Jabatan Pendidikan Negeri Selangor dalam satu kenyataan di sini hari ini berkata, penutupan sekolah itu melibatkan 24 buah sekolah di Klang dan lima buah sekolah di Kuala Langat.

“Penutupan sekolah di Klang melibatkan 6 buah sekolah menengah kebangsaan, 12 buah sekolah kebangsaan, dan masing-masing 3 buah sekolah jenis kebangsaan Cina dan sekolah jenis kebangsaan Tamil.

“Di Kuala Langat pula melibatkan sebuah sekolah menengah kebangsaan dan 4 buat sekolah kebangsaan, seramai 45,265 pelajar terlibat dalam penutupan sekolah di kedua-dua daerah ini,” katanya.

Menurut kenyataan itu, sekiranya pihak sekolah mendapati bacaan IPU di kawasan mereka melebihi 200, pihak sekolah perlu mengambil tindakan selaras dengan Surat Siaran KPM bilangan 1/2019 dengan menutup sekolah serta merta sehingga keadaan kembali pulih….

Photo Gallery

Leave a Reply


To prove you're a person (not a spam script), type the security word shown in the picture.
You may enter either the first Tamil word or the second English word. But Do not enter both.
Anti-Spam Image

Skip to toolbar