Sunday, September 15, 2019 06:37:22 PM

Tak boleh anjur konsert selepas 7 malam pada 1 Muharam

Photo Gallery1 Photo By Nur Hasliza Mohd Salleh - Mon Aug 26, 7:54 am

Gambar Facebook.

PETALING JAYA: Sebuah konsert Tamil menampilkan artis India, SP Bala yang akan mendendangkan lagu yang diarahkan pengarah terkenal, Ilaiyaraaja terpaksa diawalkan oleh penganjur selepas permohonan asal ditolak oleh pihak berkuasa atas nasihat Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim).

FMT difahamkan Agensi Pusat Permohonan Pengambaran Filem dan Persembahan Artis Luar Negara (Puspal) bertindak sedemikian kerana waktu persembahan asal bersamaan 1 Muharam, iaitu tahun baru kalender Islam.

Raaghav Production memaklumkan waktu persembahan asal “SPB Live In Concert – Illaya Nilla” di KLCC dijadualkan pada 7 malam hingga 11 malam pada 31 Ogos ini.

“Persembahan atau aktiviti pada waktu itu dianggap tidak menghormati dan berkemungkinan menimbulkan rasa tidak senang orang Islam di Malaysia,” kata jurucakap syarikat itu ketika dihubungi FMT.

Imbasan surat yang dilihat FMT, dikatakan daripada Puspal, menyatakan ia mengambil maklum penjelasan Jakim bahawa 1 Muharam bagi 1441 Hijrah bermula dari waktu terbenam matahari pada 31 Ogos 2019 sehingga terbenam matahari pada 1 September….

Photo Gallery

Leave a Reply


To prove you're a person (not a spam script), type the security word shown in the picture.
You may enter either the first Tamil word or the second English word. But Do not enter both.
Anti-Spam Image

Skip to toolbar