Saturday, November 16, 2019 07:06:01 PM

Umno, PAS akan berkuasa jika DAP keluar PH, kata Chin Tong

Photo Gallery1 Photo By FMT Reporters - Mon Aug 12, 6:46 am

  • Read full article | 
  • Comments Off on Umno, PAS akan berkuasa jika DAP keluar PH, kata Chin Tong
  • 14 views

Pengerusi DAP Johor Liew Chin Tong berkata, perbincangan mengenai khat mesti diasaskan pada fakta, bukan pembohongan.

PETALING JAYA: Pengerusi DAP Johor Liew Chin Tong menggesa ahli parti itu supaya terus berusaha memelihara keutuhan Pakatan Harapan (PH) walaupun mereka marah berhubung langkah kerajaan memperkenalkan tulisan khat dalam silibus Bahasa Melayu Tahun 4 di sekolah.

Dalam satu ucapan kepada pemimpin akar umbi dan ahli DAP Johor semalam, Liew juga menolak gesaan supaya parti itu meninggalkan PH.

“Cakap-cakap yang meminta DAP keluar PH biar apa pun akibatnya hanya akan memusnahkan hasil demokrasi yang dimenangi pada 9 Mei 2018, selain membuka jalan kepada Umno dan PAS untuk kembali berkuasa,” katanya.

Keputusan kerajaan untuk meneruskan rancangan memperkenalkan tulisan khat mendapat bantahan kumpulan pendidikan Cina dan Tamil.

Sebilangan pimpinan akar umbi DAP turut menolak langkah tersebut, sementara halaman media sosial beberapa pemimpin parti itu menjadi sasaran kemarahan orang ramai….

Photo Gallery

  • Read full article | 
  • Comments Off on Umno, PAS akan berkuasa jika DAP keluar PH, kata Chin Tong
  • 14 views

Leave a Reply

Comments are closed on this post.

Skip to toolbar