Wednesday, August 21, 2019 09:31:38 AM

Waytha nafi cakap pada portal berita isu khat di sekolah Tamil

Photo Gallery1 Photo By FMT Reporters - Sun Aug 11, 11:07 pm

Laporan Malaysiakini semalam mendakwa P Waytha Moorthy melabelkan pengajaran seni khat atau tulisan jawi di sekolah Tamil sebagai tidak realistik dan tidak perlu.

PETALING JAYA: Menteri di Jabatan Perdana Menteri, P Waytha Moorthy hari ini menafikan beliau bercakap kepada sebuah portal berita mengenai pembelajaran seni khat di sekolah Tamil.

Katanya, beliau tidak pernah bercakap kepada wartawan atau mengeluarkan sebarang kenyataan kepada portal berita terbabit.

Beliau menyifatkan laporan Malaysiakini sebagai “palsu” dan “berniat jahat”.

“(Saya) tidak bercakap kepada Malaysiakini atau mana-mana wartawannya mengenai perkara ini,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Laporan semalam itu mendakwa Waytha melabelkan pengajaran seni khat atau tulisan jawi di sekolah Tamil sebagai tidak realistik dan tidak perlu….

Photo Gallery

Leave a Reply


To prove you're a person (not a spam script), type the security word shown in the picture.
You may enter either the first Tamil word or the second English word. But Do not enter both.
Anti-Spam Image

Skip to toolbar