Wednesday, August 21, 2019 09:31:17 AM

Dong Zong rangka petisyen terbaru bantah khat atas alasan agama

Photo Gallery1 Photo By FMT Reporters - Sat Aug 10, 11:00 am

Persatuan pendidikan Cina Dong Zong mendakwa kajian beberapa pakar menunjukkan khat digunakan sebagai medium untuk menyebarkan Islam.

PETALING JAYA: Satu petisyen terbaru terhadap pengajaran khat jawi di sekolah vernakular sedang dirancang oleh persatuan pendidikan Cina, Dong Zong, menurut satu laporan hari ini.

Petisyen itu, yang akan disokong oleh kumpulan pendidikan Tamil, dibuat berdasarkan “penyelidikan beberapa orang cendekiawan dan pakar kesusasteraan” yang menunjukkan bahawa khat digunakan sebagai medium untuk menyebarkan Islam, kata pengerusi Dong Zong, Tan Tai Kim.

Dong Zong merupakan nama bagi Persatuan Jawatakuasa Bersama Sekolah Cina.

Beliau dipetik dalam satu laporan Malaysiakini sebagai berkata, tidak boleh diterima sekiranya murid bukan Islam diperkenalkan kepada khat, yang menurut beliau merupakan pelanggaran hak perlembagaan mengenai agama.

Petisyen berkenaan akan menggesa Kementerian Pendidikan supaya mengekalkan pengenalan khat bersama-sama dengan tulisan Cina dan Tamil bagi silibus bahasa Melayu Tahun 5….

Photo Gallery

Leave a Reply


To prove you're a person (not a spam script), type the security word shown in the picture.
You may enter either the first Tamil word or the second English word. But Do not enter both.
Anti-Spam Image

Skip to toolbar