Sunday, September 15, 2019 06:01:12 PM

Dong Zong, Jiao Zong sokong pengenalan khat selepas bertemu timbalan menteri

Photo Gallery1 Photo By Mohamad Fadli - Tue Aug 06, 6:03 am

  • Read full article | 
  • Comments Off on Dong Zong, Jiao Zong sokong pengenalan khat selepas bertemu timbalan menteri
  • 9 views

PUTRAJAYA: Kumpulan pendidikan Cina, Dong Zong dan Jiao Zong akhirnya menyokong rancangan memperkenalkan pengenalan seni tulisan Jawi atau khat Jawi dalam mata pelajaran bahasa Melayu Tahun 4 di sekolah-sekolah aliran tahun depan, kata Teo Nie Ching.

Timbalan menteri pendidikan itu berkata keputusan itu dicapai secara konsensus dalam pertemuan melibatkan Dong Zong, Jiao Zong dan 10 NGO lain termasuk kumpulan pendidikan Tamil.

Teo berkata mereka bersetuju pengenalan kepada seni warisan bahasa Melayu itu diperkenalkan di sekolah aliran tetapi tidak bersetuju jika murid-murid diwajibkan belajar Jawi.

“Kedua, kita juga semua di sini setuju apabila kenalkan khat kepada murid-murid pada tahun depan, mereka tidak akan diuji,” katanya pada sidang media di Kementerian Pendidikan hari ini.

Sebelum itu, Teo mengadakan pertemuan dengan mereka selama hampir 2 jam di KPM berhubung isu pengenalan khat itu….

Photo Gallery

  • Read full article | 
  • Comments Off on Dong Zong, Jiao Zong sokong pengenalan khat selepas bertemu timbalan menteri
  • 9 views

Leave a Reply

Comments are closed on this post.

Skip to toolbar