Wednesday, October 16, 2019 09:09:39 PM

Lagi 14 sekolah di Pasir Gudang ditutup akibat kes sesak nafas

Photo Gallery1 Photo By Bernama - Sun Jun 23, 6:57 am

  • Read full article | 
  • Comments Off on Lagi 14 sekolah di Pasir Gudang ditutup akibat kes sesak nafas
  • 8 views

Pelajar dari SMK Taman Nusa Damai di Pasir Gudang yang mengalami gejala sesak nafas dan mual dirawat di bilik gerakan operasi pemantauan di Stadium Tertutup Majlis Perbandaran Pasir Gudang hari ini. (Gambar Bernama)

JOHOR BAHRU: Sebanyak 14 lagi sekolah di Pasir Gudang akan ditutup selama 4 hari bermula esok.

Semua sekolah itu dalam jajaran arah angin 6km dari Sekolah Agama Taman Mawar, sekolah pertama terjejas dalam insiden sesak nafas membabitkan berpuluh muridnya pada Khamis lalu.

Penutupan itu menjadikan jumlah sekolah yang ditutup sebanyak 17, termasuk 3 yang diarahkan berbuat demikian semalam.

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Kebudayaan dan Warisan Johor, Mohd Khuzzan Abu Bakar berkata penutupan 4 hari sehingga Khamis itu membabitkan Sekolah Kebangsaan Bukit Dahlia, SK Taman Cahaya Masai, SK Felda Cahaya Baru, SK Kong Kong Laut, SK Taman Nusa Damai, SK Kopok dan SK Kota Masai 3, SK Taman Cendana, Sekolah Menengah Kebangsaan Taman Nusa Damai, SMK Pasir Gudang, SMK Kota Masai dan Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil Pasir Gudang, SK Taman Scientex dan SMK Taman Scientex.

“Turut terlibat sama adalah institusi pengajian awam, sekolah agama kerajaan Johor, semua prasekolah dan tadika,” katanya dalam sidang media hari ini….

Photo Gallery

  • Read full article | 
  • Comments Off on Lagi 14 sekolah di Pasir Gudang ditutup akibat kes sesak nafas
  • 8 views

Leave a Reply

Comments are closed on this post.

Skip to toolbar