Sunday, August 18, 2019 07:39:16 PM

Menteri Sri Lanka letak jawatan, bantah ancaman terhadap orang Islam

Photo Gallery1 Photo By FMT Reporters - Tue Jun 04, 7:40 am

  • Read full article | 
  • Comments Off on Menteri Sri Lanka letak jawatan, bantah ancaman terhadap orang Islam
  • 10 views

Seorang wanita sedang ditenangkan di pengebumian mangsa yang terbunuh dalam serangan Easter. (Gambar AFP)

PETALING JAYA: Semua menteri dan timbalan menteri Sri Lanka yang beragama Islam meletak jawatan selepas menuduh kerajaan gagal menjamin keselamatan masyarakat Islam disebalik ketakutan yang menyusuli serangan bom bunuh diri Easter, lapor Al Jazeera.

Mereka meletakkan jawatan selepas kumpulan sami-sami Buddha aliran keras, termasuk Galagoda Aththe Gnanasara Thero, memberikan tarikh akhir kepada kerajaan supaya memecat 2 gabenor wilayah dan seorang menteri.

Gnanasara, yang sekian lama dituduh menghasut jenayah kebencian terhadap orang Islam, dibebaskan dari penjara selepas mendapat pengampunan presiden bulan lepas.

Peletakan jawatan 9 menteri dan 2 gabenor wilayah itu menyusuli tunjuk perasaan ribuan orang yang diketuai sami-sami Buddha pagi tadi di bandar Kandy, sebagai tanda sokongan kepada mogok lapar sami Sami Athuraliye Rathana Thero.

Thero mendakwa 2 gabenor itu mempunyai kaitan dengan serangan Easter….

Photo Gallery

  • Read full article | 
  • Comments Off on Menteri Sri Lanka letak jawatan, bantah ancaman terhadap orang Islam
  • 10 views

Leave a Reply

Comments are closed on this post.

Skip to toolbar