Sunday, August 18, 2019 07:41:45 PM

Maszlee tolak cadangan MBM perkenal subjek kenali agama di sekolah

Photo Gallery1 Photo By Bernama - Sun May 19, 5:59 am

  • Read full article | 
  • Comments Off on Maszlee tolak cadangan MBM perkenal subjek kenali agama di sekolah
  • 13 views

Menteri Pendidikan Maszlee Malik berkata, berkongsi kebudayaan sesuatu kaum lebih sesuai berbanding mempelajari agama lain kerana dibimbangi akan menimbulkan lebih banyak kesan negatif berbanding positif.

KLUANG: Cadangan Majlis Belia Malaysia (MBM) supaya diperkenalkan satu subjek khusus bagi mengenali agama lain, selain agama Islam di sekolah dan pusat pengajian tinggi (IPT) tidak dipersetujui oleh Kementarian Pendidikan.

Menterinya, Maszlee Malik berkata, bagaimanapun beliau konsisten dengan cadangan kementerian sebelum ini yang mahukan setiap sekolah dan universiti lebih kerap mengadakan program rentas budaya.

Katanya, berkongsi kebudayaan sesuatu kaum adalah lebih sesuai berbanding mempelajari agama lain, ini kerana dibimbangi akan menimbulkan lebih banyak kesan yang negatif berbanding yang positif.

“Baru-baru ini sewaktu saya ke Pulau Pinang, saya lihat Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT) ada kerjasama dengan Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) dan di negeri Johor kita ada Sekolah Islam Hidayah (SIH) yang aktif buat program bersama sekolah vernakular lain.

“Jadi kita galakkan sekolah berlainan aliran ini untuk buat program silang budaya ini dan biasanya silang budaya ini lebih kepada perayaan, pakaian dan kalau boleh kita hendak pergi lebih jauh daripada itu untuk saling memahami budaya masing-masing,” katanya, hari ini….

Photo Gallery

  • Read full article | 
  • Comments Off on Maszlee tolak cadangan MBM perkenal subjek kenali agama di sekolah
  • 13 views

Leave a Reply

Comments are closed on this post.

Skip to toolbar