Wednesday, December 19, 2018 12:42:56 AM

Polis siasat edaran risalah agama bukan Islam di Kedah

Photo Gallery2 Photos By Bernama - Mon Nov 19, 2:27 am

Edaran risalah itu mempunyai persamaan dengan kes di Pulau Pinang, baru-baru ini. (Gambar Facebook)

ALOR SETAR: Sesiapa sahaja yang mempunyai maklumat lanjut tentang kejadian mengedarkan risalah agama bukan Islam di Kampung Sungai Emas, Kota Kuala Muda dekat Sungai Petani diminta tampil ke balai polis berhampiran menyalurkan maklumat itu bagi membantu siasatan.

Ketua Polis Daerah Kuala Muda ACP Adzli Abu Shah ketika dihubungi Bernama hari ini berkata setakat ini terdapat 1 laporan polis mengenai kejadian itu di kampung tersebut dan pihaknya kini sedang menyiasat perkara berkenaan mengikut Seksyen 298 Kanun Keseksaan.

Beliau berkata setakat ini belum ada tangkapan dibuat, bagaimanapun polis memantau perkara itu dari semasa ke semasa.

“Kita tengah siasat kejadian ini, dan belum dapat mengenal pasti suspek… bahan (edaran itu) setakat ini ada persamaan dengan di Pulau Pinang, kemungkinan orang sama (edar). Risalah keagamaan ini bertajuk “How To Know God”, dalam (versi) bahasa Tamil dan Inggeris….

Photo Gallery

Leave a Reply


To prove you're a person (not a spam script), type the security word shown in the picture.
You may enter either the first Tamil word or the second English word. But Do not enter both.
Anti-Spam Image

Skip to toolbar