Wednesday, November 21, 2018 03:30:28 AM

Individu terakhir kes bunuh kucing di kedai dobi didakwa

Photo Gallery1 Photo By Bernama - Tue Oct 16, 9:45 am

  • Read full article | 
  • Comments Off on Individu terakhir kes bunuh kucing di kedai dobi didakwa
  • 30 views

KUALA LUMPUR: Individu terakhir dalam kes membunuh seekor kucing yang dipercayai bunting dengan cara memasukkannya ke dalam mesin pengering di sebuah kedai dobi layan diri dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Selayang hari ini.

Pekerja kontrak K Ganesh, 41, mengaku tidak bersalah atas pertuduhan yang dibacakan dalam bahasa Tamil di hadapan Hakim Rasyihah Ghazali.

Lelaki itu bersama-sama seorang lagi yang telah dituduh didakwa dengan kejamnya atau secara tidak munasabah membuat atau meninggalkan untuk melakukan apa-apa perbuatan menyebabkan kesakitan atau penderitaan yang tidak sepatutnya terhadap seekor kucing di premis dobi di Taman Gombak Ria, Batu Caves antara 12.54 tengah malam dan 1.00 pagi pada 11 September lepas.

Pertuduhan mengikut Seksyen 29(1)(e) Akta Kebajikan Haiwan yang boleh dihukum bawah Seksyen 29(1) akta sama dan dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan, yang membawa hukuman denda maksimum RM100,000 atau penjara sehingga 3 tahun atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Photo Gallery

  • Read full article | 
  • Comments Off on Individu terakhir kes bunuh kucing di kedai dobi didakwa
  • 30 views

Leave a Reply

Comments are closed on this post.

Skip to toolbar