Sunday, December 16, 2018 05:17:46 AM

38 pemerhati antarabangsa pantau pemilihan presiden Maldives

Photo Gallery1 Photo By Bernama - Fri Sep 21, 8:30 am

  • Read full article | 
  • Comments Off on 38 pemerhati antarabangsa pantau pemilihan presiden Maldives
  • 48 views

MALE: Kementerian Luar Maldives pada Jumaat mengumumkan 38 pemerhati antarabangsa akan hadir ke negara pulau itu untuk memantau pilihan raya presiden yang berlangsung pada Ahad, lapor agensi berita China Xinhua.

Menurut kenyataan kementerian itu, 38 delegasi tersebut mewakili 11 pertubuhan antarabangsa termasuk Suruhanjaya Pilihan Raya Sri Lanka, Filipina, Romania, Thailand, Malaysia, Hungary serta Pertubuhan Kerjasama Islam, Kumpulan Parlimen Semua Parti Britain, Perikatan Konservatif dan Reformis Eropah serta Rangkaian Asia bagi Pilihan Raya Bebas (Anfrel).

Kementerian itu juga menyebut wakil dari 14 organisasi media akan turut memantau perjalanan pilihan raya tersebut.

Photo Gallery

  • Read full article | 
  • Comments Off on 38 pemerhati antarabangsa pantau pemilihan presiden Maldives
  • 48 views

Leave a Reply

Comments are closed on this post.

Skip to toolbar