Sunday, September 23, 2018 11:27:56 PM

8 tahanan Penjara P Pinang mogok lapar bantah Sosma

Photo Gallery1 Photo By Predeep Nambiar - Tue Aug 28, 3:58 am

Ahli keluarga tahanan Sosma bersama Presiden Malaysian Tamilar Kural, P David Marshel di luar penjara P Pinang hari ini.

GEORGE TOWN: Lapan tahanan di bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 atau Sosma di Pulau Pinang melakukan mogok lapar sejak semalam sebagai bantahan terhadap penahanan tanpa jaminan dalam akta tersebut.

Presiden Malaysian Tamilar Kural, P David Marshel, berkata 8 penghuni Penjara Pulau Pinang itu menderita penyakit kanser, HIV, diabetes, asma dan tekanan darah tinggi.

Beliau menambah tahanan itu kini diasingkan kerana mereka tidak sihat dan bergantung kepada ubat-ubatan.

“Ahli Parlimen Jelutong RSN Rayer bertemu mereka semalam untuk memujuk mereka menghentikan mogok lapar tetapi gagal.

Photo Gallery

Leave a Reply


To prove you're a person (not a spam script), type the security word shown in the picture.
You may enter either the first Tamil word or the second English word. But Do not enter both.
Anti-Spam Image

Skip to toolbar