Thursday, October 18, 2018 05:42:06 AM

Rais minta Maszlee martabat Bahasa Melayu di sekolah

Photo Gallery1 Photo By Bernama - Tue May 22, 10:50 am

Rais Yatim juga menggesa sekolah Kebangsaan menyediakan pilihan kursus untuk pelajar seperti bahasa Mandarin, Arab, Tamil dan lain-lain. (Gambar Facebook)

KUALA LUMPUR: Presiden Universiti Islam Antrabangsa Malaysia (UIAM) Tan Sri Dr Rais Yatim hari ini melahirkan harapan agar Menteri Pendidikan yang baharu Maszlee Malik dapat memartabatkan bahasa Melayu dan menerapkan amalan budi di pelbagai peringkat pelajaran.

Amalan budi itu, kata Rais, hendaklah juga dipupuk kepada rakyat Malaysia bermula di bangku sekolah lagi.

“Apa yang dihajatkan adalah agar bahasa Melayu dan amalan budi tidak dicicirkan. Sekolah Kebangsaan pula mestilah menyediakan pilihan kursus untuk pelajar seperti bahasa Mandarin, Arab, Tamil dan lain-lain,” kata Rais dalam satu kenyataan dikeluarkan UIAM.

googletag….

Photo Gallery

Leave a Reply

Comments are closed on this post.

Skip to toolbar